Wednesday 25 November 2015

YANG GEMUK BOLEH AJE KURUS

Assalamualaikum.
_________________________________________________________________

Terjadinya cerita kurus ini masa hari E-Day kamilah. Ramai sedara mara kami yang menegur betapa BULAT nya calon husband aku. Then aku pun bukannya ambil kisah sangat dengan badan dia. Tapi sudah selalu dengar orang itu cakap bulat orang ini cakap bulat. Aku pun naik tak puas hati.

Eloklah pada satu hari bakal mak mertua aku ini bersuara cakap anak dia makin hari makin tembam dan bulat. Start dari hari itulah aku pun menasihat En. Dia untuk menguruskan badan sedikit. Sedikit je tau.  Mungkin sebab dia pun rasa segan orang asyik bercakap pasal berat badan dia.

Dalam seminggu dia amalkan Diet Atkins, En. Dia mampu mengurangkan berat badan sebanyak 1 kg.

Dan aku pun dengan muka terkejut WOOOO!

So sedikit sebanyak aku pun ada cari bacaan apa sebenarnya Diet Atkins. Ianya sejenis diet yang tidak mengamalkan makanan carbohydrate seperti nasi, roti, dan makanan yang berasaskan gandum. Jadi untuk mendapatkan tenaga dengan makan protein lebih serta buah-buahan yang banyak.

Sungguh tekad En. Dia nak kurus disebabkan kata-kata yang amat binasa oleh aku. *ayat mengugut*

Sekarang sudah masuk 4 minggu buat Diet Atkins.

Ada juga En. Dia kongsi beberapa tips:-
1) Makan ikut waktu makan
2) Portion makanan ambil sedikit je
3) Amalkan buah-buahan setiap waktu makan
4) Air masak at least 3 liter sehari
5) Bersenam at least pumping setiap pagi

Berdisiplin juga En. Dia buat jadual. Inilah hasil dia. Kepuasan diri sendiri.

Thursday 12 November 2015

HOW WE MEET

Assalamualaikum.

______________________________________________________________________________

Kawan-kawan semua terkejut. "Eh bila masa anis dengan santo ye?" Then aku pun just mampu tersenyum saja. Maaf ye kawan-kawan. Bukan hendak berahsia. Tapi bak kata orang tua bercinta biarlah rahsia. Bila kenduri barulah heboh-heboh.  Sebab itulah kami senyap-senyap saja sampailah masa kami bertunang.

Macam mana kami jumpa? Kami dulu satu sekolah. Tapi tak pernah rapat pun. Owh ya kenal dia masa kawad kaki PBSM. Itupun dia adalah kawan kepada kawan lelaki aku yang aku boleh tahanlah rapat. Yes nama dia Faiz (berani aku mention dekat sini sebab aku tahu dia sejenis orang yang malas membaca) Bila ada je Faiz mesti ada makhluk yang bernama SUSANTO. Boleh dikatakan menyampah jugalah sebab dia punya lawak yang annoying. Oh sungguh ANNOYING.

Boleh dikatakan aku seboleh-bolehnya nak elak dari dia. Itulah orang tua-tua kata jangan terlalu benci kang cinta yang mari.  Okey sekarang sudah mengaku.

Selepas saja Faiz move dari sekolah ke sekolah lain. Aku mana bertegur sangat dengan makhluk asing tuh.  Punya bencikan. Aku pun tak perasan sejak bila kami berkawan balik. Yang aku tahu boyfriend aku masa Form 5 dulu kawan baik dengan dia. Haa time tuh lah kami kawan.

The End...

p/s : Ada lagi ceritanya tapi nantilah ye

Saturday 31 October 2015

FIRST TIME

Assalamualaikum
_________________________________________
Hi korang, apa yang first time ye.  Sebenarnya inilah kali pertama aku menghantar kereta pergi service. Opps tak tahu nak bawa kemana ditemani alis.  Actually alis taknak pun ikut aku tapi kan aku yang paksa dia. Nak tak nak dia kne ikut kan.

Mulalah perjalanan aku tapi confident level tak betapa tinggi, ambil telefon call En.Tunang.  Mungkin dia kasihankan aku kot itu pasallah dia temankan.

Aleh2 dia bawa ke Pusat Service Produa Setapak. Setapak? Jauh tuh kat selayang pun ada. Dah dekat situ je dia tahu. Disebabkan kita walk-in kenalah tunggu turn. Aku rasa 45minit jugalah aku tunggu. Barulah no giliran dipanggil untuk bagi kunci kereta.

Lepas serah kunci, kenalah tunggu 2 jam untuk ikot turn appointment kereta. Aiyooo

So ini nasihat bagi kawan2 nak pergi service kereta baiklah buat appointment dulu yee.


Wednesday 28 October 2015

BUKU YANG BARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

____________________________________

Blog yang baru untuk hidup yang baru.  In sya Allah akan aku sematkan laman ini kekal dan tidaklah menjadi hangat-hangat tahi kambing macam sebelum ini.  Blog ini dilhamkan supaya nanti anak cucu kita boleh baca perjalanan liku-liku serpihan kehidupan dalam melalui perancangan perkahwinan. Dengan ini tiada kena mengena dengan hidup seseorang yang lain. Dan ia berkait rapat dengan hidup saya yang bakal menempuh ke alam perkahwinan.  Diharap perancangan yang dibuat akan berjalan dengan lancar dan sempurna.  Mana-mana wanita pun mahukan kesempurnaan dalam kehidupan mereka.